unable right click

Thursday, September 27, 2012

Rangkaian Doa Semasa Berwuduk..

Alangkah indahnya setiap gerak laku semasa  berwuduk disulami dengan doa, zikir dan munajat kepada Allah.


RANGKAIAN DOA SEMASA BERWUDUK


DOA KETIKA MELIHAT AIR 
UNTUK BERWUDUK

بِسْمِ اللّٰهِ الْحَمْدُلِلّٰهِ الَّذِى جَعَلَ الْمَاءَ طَهُوْرًا.
Dengan menyebut nama Allah segala puji pujian bagi Allah yang menjadikan air untuk bersuci.


DOA SEBELUM BERWUDUK.

اَللّٰهُـمَّ اغْفِـرْلِى كُلِّ ذَنْـبِى
وَوَسِّــــعْ لِــــى فِــى دَارِى
وَبَارِكْ لِــــى فِــى رِزْقِــى.
Ya Allah, ampunlah aku segala dosaku, luaskanlah bagiku dalam rumah ku, dan berkatikah aku pada razeki ku.


DOA KETIKA MEMBASUH 
TAPAK TANGAN

اَللّٰهُـمَّ اِنِّى اَسْــئَلُكَ الْــيُـمْـنٰى وَالْبَرَكَةَ وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الشُّؤْمِ وَالْهَلَكَةِ.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kekuatan dan keberkatan dan ake berlindung denganMu dari keburukan dan kerosakan.


DOA KETIKA BERKUMUR

اَللّٰهُـمَّ اسْقِـنِى مِـنْ حَــوْضِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَ اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَائْسًا لَا اَظْمَا بَعْدَهُ اَبَدًا.
Ya Allah, berilah aku minum dari telaga nabiMu Muhammad saw satu gelas yang tidak akan haus buat selama-lamanya.


DOA KETIKA MENYUSAP AIR 
KE HIDUNG

اَللّٰهُـمَّ اَرِحْنِى رَائِحَةَ الْجَنَّةِ.
Ya Allah, harumilah aku dengan keharuman bauan syurga.


DOA KETIKA MENHEMBUS AIR 
DARI HUDUNG

اَللّٰهُـمَّ اِنِّــى اَعُــوْذُبِــكَ مِـنْ رَوَائِـحِ النَّـارِ وَسُـوْءِ الدَّارِ.
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari kebusukan bau neraka dan keburukan rumah (tempat).


LAFAZ NIAT  BERWUDUK

نَوَيْتُ رَفْعِ الْحَدِثِ الْاَصْغَرِ فَرْضًا لِلّٰهِ تَعَلٰى.
Aku berniat mengakat hadath kecil fardhu kerana Allah yang maha tinggi kedudukannya.


DOA KETIKA MEMBASUH MUKA

اَللّٰهُــمَّ بَـيِّــضْ وَجْـهِـى يَـوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهُ.
Ya Allah putihkanlah wajahku pada hari orang-orang berwajah putih dan berwajah hitam (hari kiamat).
  

DOA KETIKA MEMBASUH 
TANGAN KANAN

اَللّٰهُـمَّ اعْطِنِى كِتَابِى بِيَمِيْنِى وَحَاسِبْنِى حِسَابًا يَســِيْـرًا.
Ya Allah, berilah kitab aku dengan tangan ku dan hisablah aku dengan hisab yang senang.


DOA KETIKA MEMBASUH 
TANGAN KIRI

اَللّٰهُــمَّ لَا تُــعْـطِنِى كِـتَابِى بِـشِــمَـالِــى وَلَامِـــنْ وَرَاءِ ظَهْرِى.
Ya Allah, jangan beri kitab ku dengan tangan kiri ku dan jangan dari belakang punggungku.


DOA KETIKA MENYAPU AIR 
KE KEPALA

اَللّٰهُــمَّ حَـرِّمْ شَـعْــرِ وَبَشَـرِى عَلَى النَّـارِ وَاَظِـلَّــنِـى تَـحْتَ عَرْشِكَ يَوْمَ لاَظِلَّ اِلَّاظِلُّكَ.
Ya Allah, haramkanlah rambutku dan kulitku dari api neraka dan naungilah aku dibawah arasyMu pada hari yang tiada naungan kecuali naunganMu.


DOA KETIKA MENYAPU AIR 
KE TELINGA.

اَللّٰهُـمَّ اسْمَعْنِى مُنَادِىَ الْجَنَّةِ فِى الْجَنَّةِ مَعَ الْاَبْرَارِ.
Ya Allah pedengarkanlah aku pendengaran syurga (dan tempatlah) didalam syurga bersama orang-orang yang baik.


DOA KETIKA MENYAPU AIR 
DI LEHER

اَللّٰهُـمَّ فُكَّ رَقَبَتِى مِنَ النَّارِ وَاَعُـوْذُبِكَ مِـنَ السَّـلَاسِـلِ وَالْاَغْلَالِ.
Ya Allah pisahkanlah (jauhkanlah)  leher aku dari api neraka dan aku berlindung dengan Mu dari rantai dan belenggu.


DOA KETIKA MEMBASUH 
KAKI KANAN

اَللّٰهُــمَّ ثَـبـِّتْ قَـدَمِــى عَلَـى الــصِرَاطَ الْـمُسْتَــقِـــيْمِ مَـعَ اَقْـدَامِ عِبَادِكَ الصَّالِــحِيْنَ.
Ya Allah tetapkanlah tapak kaki aku atas jalan yang lurus bersama-sama jejak hambaMu yang soleh.


DOA KETIKA MEMBASUH 
KAKI KIRI

اَللّٰهُــمَّ اِنِّى اَعُـوْذُبِكَ اَنْ تَزِلَّ قَدَمِى عَلَى الصِرَاطِ فِى النَّارِ يَـوْمَ تَـذِلَّ اَقْـدَامَ الْمُنَافِـقِــيْنَ وَالْمُشْرِكِيْنَ.
Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindunganMu atas tergelincirnya telapak kaki kedalam nerakaMu pada hari hari tergelincirnya tapak kaki orang-orang munafik dan musyrik.


DOA SELEPAS SELESAI 
BERWUDUK.

اَشْـهَـــــدُ اَنْ لَّا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰـــهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, وَاَشْهَدُ اَنَّ مُـحَـمَّدًاعَـبْـدِهِ وَرَسُــوْلِهٖ. اَللّٰهُـمَّ اجْعَلْنِى مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْـعَلْنِى مِنَ الْمُتَــطَهِّرِيْنَ وَاجْـــــعَلْــنِـى مِــنْ عِــبَادِكَ الـصَّــالِــحِــيْنَ.  سُبْحَانَكَ اَللّٰهُـمَّ وَبِحَمْدِكَ اَشْهَدُ اَنْ لَا اِلٰهَ اِلَّا اَنْتَ اَسْـتَـغْـفِـرُكَ وَاَتُـوْبُ اِلَـيْكَ فَاغْــفِــرْلِى وَتُــبْ عَـلَــىَّ اِنَّـــكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang esa tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya. Ya Allah, jadikan aku dari orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari orang-orang yang bersuci dan jadikanlah aku termasuk hamba-hambaMu yang soleh. Maha  suci Engkau ya Allah dengan memujiMu aku bersaksi tiada tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunanMu dan bertaubat kepadaMu, maka ampunkanlah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Pemurah.