Ya Allah, aku memohon kepadaMu dari
anugrah dan rahmat Mu, kerana hanya
Engkaulah yang memiliki kedua-duanya.
-------------------------------------------------------------------------
Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud bahawa pada
suatu ketika Rasulullah SAW didatangi seorang
tetamu, kemudian tetamu itu dihantarkan ke
rumah salah seorang isteri Baginda untuk dijamu.
Tetapi sayang pada ketika itu tiada seorangpun
dari isteri baginda yang dapat menyediakan
makanan. Dari itu beliau berdoa dengan doa
diatas, dan tidak berapa lama kemudian datanglah
orang membawa makanan berupa daging panggang,
lalu beliau bersabda: "Inilah anugrah dari Allah
sedang waktu itu aku sedang menanti rahmatNya".
---------------------------------------------------------------------------------
Diriwayatkan oleh Ath-Thobrani dan Abu Nu'man.